Sabtu dan Ahad yang lepas, aku berpeluang mengikuti Konvensyen Ummah 2012 yang diadakan buat kali ke dua di Malaysia. Kali pertama di Kuala Lumpur dan kali ini di Johor Bahru. Konvensyen di KL dulu pon aku beli tiket juga, tapi tak dapat pergi. Alhamdulillah kami ni Allah memilihku (walhal yang tak dapat pergi dulu pon atas pilihan sendiri – prioriti yang ditentukan oleh diri sendiri). Ramai yang nak pergi tapi ada banyak keuzuran lain yang tak dapat dielakkan. Begitulah, kita merancang, Tuhan juga merancang. Kena doa selalu perancangan kita selari dengan perancangan Tuhan. Program seperti ini di anjurkan di Johor Bahru… masih sangat langka. Peluang yang terlalu sukar aku lepaskan.
Ada kawan bertanya, apa dia konvensyen ni? Ramai yang tak dapat bayangkan. Lebih lagi kena bayar yuran yang agak mahal juga. RM160. Yelah, tak biasa kita dengan program agama yang berbayar ni.
K-Fiqh Ummah membicarakan konsep wasatiyyah dalam 9 aspek:
- Wasatiyyah dalam berdakwah
- Wasatiyyah dalam akidah
- Wasatiyyah dalam memahami teks al-Quran dan Hadis
- Wasatiyyah dalam ekonomi dan kewangan
- Wasatiyyah dalam penyucian jiwa
- Wasatiyyah dalam ibadah
- Wasatiyyah dalam memahami dan menghargai thurrah (kitab klasik / kitab kuning)
- Wasatiyyah dalam berpolitik
- Wasatiyaah dalam gaya hidup
Selebihnya, sila tonton video ini
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=o_5N0EHlCkE]
Link: https://www.facebook.com/kfiqh / http://k-fiqh.com/
=================================================================
Aku masih ingat bab wasatiyyah ini ada di ajar dalam silibus subjek Agama ketika aku tingkatan lima. Aku ingat kerana bab ini menimbulkan banyak persoalan dalam kepala aku. Namun, lama kelamaan soalan-soalan itu terbiar begitu saja. Kadang-kala isu-isu semasa mengingatkan lagi aku padanya. Ada banyak penyalahgunaan konsep ini dapat kita lihat di peringkat national mahupon antarabangsa. Terlalu banyak takrifan. Berbelas tahun, baru kali ini aku dapat penjelasan yang tuntas. Jelasnya kerana selama ini aku tak bersungguh untuk belajar, menganggapnya enteng.