Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!
Author Archives: Nurulhawa
Mencari Laila
Satu halaman FB Islamika memaparkan gambar fajar. Tajuknya “Hanya Allah yang mengetahui jika malam tadi adalah Laila al-qadr” Dan komen-komen di bawah berbunyi begini: Resha(Pakistan) : Kalau begitu, malam ini lah laila al-qadr di Pakistan? Ali(Pakistan): Ya, tolong sesiapa sahkan, benarkah ia malam ke dua puluh tujuh? Yousef (US): Malam ke dua puluh tujuh dah …
Tersurat dan tersirat dalam Laskar Pelangi
Artikel asal dari blog lama saya, diterbitkan kali pertama pada 3/8/2009 Pada kulit buku ini tercetak ‘INDONESIA’S MOST POWERFUL BOOK’. Jadi aku cuba cari dan kongsikan di sini KUASA yang terkandung dalam buku ini. SINOPSIS RINGKAS Beberapa puluh tahun lampau, di Pulau Belitung, Indonesia, 10 orang sahabat mendapat gelaran LASKAR PELANGI dari guru mereka – …
Continue reading “Tersurat dan tersirat dalam Laskar Pelangi”
New Zealand: Negara paling “Islam” dan berkebajikan?
Mengukur islamic governance dalam sesebuah negara. Aku mendapat tahu kewujudan kajian ini dari Dr Mazlee Malik ketika K-Fiqh tempoh hari. Menurutnya, satu kajian telah di jalankan untuk mengukur berapa “Islam”nya sesebuah negara. Bukan dari segi akidah atau syariah, tetapi ia yang di ukur ialah konsep-konsep Islamic governanance seperti keadilan, kebajikan, kebebasan bersuara, perbicaraan adil dan …
Continue reading “New Zealand: Negara paling “Islam” dan berkebajikan?”
Konvensyen Fiqh Ummah 2012
Sabtu dan Ahad yang lepas, aku berpeluang mengikuti Konvensyen Ummah 2012 yang diadakan buat kali ke dua di Malaysia. Kali pertama di Kuala Lumpur dan kali ini di Johor Bahru. Konvensyen di KL dulu pon aku beli tiket juga, tapi tak dapat pergi. Alhamdulillah kami ni Allah memilihku (walhal yang tak dapat pergi dulu pon …
Bila umur bertambah setahun lagi …..
Saban tahun kita menerima ucapan selamat hari lahir. Kita gembira dan bersyukur. Kita lihat kembali jalan-jalan yang telah kita lalui. Dahulu kita kecil sekarang sudah besar. Dahulu poket nipis, sekarang sudah tebal. Dahulu sendiri sekarang berkompeni. Mungkin juga sebaliknya berlaku. Tapi mari melihat yang positif saja. Dahulu menyewa, sekarang punya rumah sendiri. Dahulu naik bas, …
Cik kasut, bertahanlah sebulan lagi
Tapak kasut aku dah haus. Licin. Beberapa kali hampir tergelincir, JBCS pulak baru tukar lantai. Aku ni jenis pandai pakai sepasang kasut je walaupon aku ada banyak kasut. Bajet bulan ni nak beli kasut baru.
Semalam aku menyertai k-Fiqh. Biasalah, mesti ada gerai buku. Aku tak cari buku-buku yang biasa ada di kedai atau di kedai maya. Aku cari buku rare. Memang banyak jumpa, tapi macammana boleh terberkenan dengan yang paling mahal.>,<|||
Dekat 15 minit aku dok pegang letak pegang letak… pusing2 ke buku lain balik semula, pegang letak, pegang letak. Tenung-tenung sampai nak tembus. Timbang pakai dacing, buat kira-kira sikit ….. tarik nafas panjangggggggggggggg… aku angkat dua buah buku ni dan beri pada si penjual. Senyummm saja dia lihat aku. Mesti dia kata – nasib baik kau beli juga akhirnya, tanya macam-macam bukan main lagi kau ya!
Buku atas terjemahan dari buku Inggeris dan buku bawah terjemahan dari buku Arab. Kedua-duanya dalam versi bahasa Indonesia. Aku memang berangan nak serang Gramedia Jakarta hujung tahun ni, tapi itu angan-angan saja, entah jadi entah tidak. Dari terkilan terus, baik aku sapu je la dulu. Walaupun jika aku beli di sana, harganya mungkin kurang dari 50% dari harga di sini.
Dua minggu lepas aku berhabis kos 2 pasang kasut…. kali ni 3 pasang kasut…. kalau aku tak beli buku-buku ni, aku dapat lima pasang kasut. Hmm…..
Kepada cik kasut, tolonglah bertahan sebulan lagi 😐
Destinasi bajet dari kaca mata si poket nipis
Malam tadi aku tonton ‘ulangan’ Destinasi Bajet. Lama punya, zaman Qhusairi jadi host. Destinasinya, Pulau Pinang. Bagus rancangan ni, beri panduan untuk pergi mengembara dengan budget yang minimal. Percutian 3 hari 2 malam dengan hanya RM300, tak termasuk tambang pergi ke destinasi tersebut. Soalannya, berapa bajet mereka punya bajet. Di sini, aku beri sedikit idea, …
Continue reading “Destinasi bajet dari kaca mata si poket nipis”
New Zealand 5.5: Sisipan
Perjalanan kami menuju Mt Sunday Mengapa kami terlepas pandang jalan masuk ke Mt Sunday ketika kali pertama melaluinya? Aku cuma perasan hal ini ketika memilih gambar untuk kisah ini…. hmmm…… Kami pengembara yang sangat beruntung Seperi yang aku katakan sebelum ini, aku menghadapi kesukaran mencari maklumat tentang Mt Sunday dan lawatan bebas ke “Edoras”. Rupa-rupanya …
New Zealand 5: Mt Sunday bertanya, adakah kamu hobbit?
Kalau pasal ambil gambar, Nott juara nombor satu. Dia melompat dulu dari van, meluru meninggalkan kami. Aku menyarung baju hujan dan Yatt berpayung. Nott dan Abid menyerah diri begitu saja pada alam. Memandang kembali perbukitan yang kami turuni sebentar tadi, aku terpegun. Indahnya ciptaan Tuhan. Jika aku pelukis, tentu aku lukiskan. Gunung-ganang berlapis-lapis. Pepohon, renek …
Continue reading “New Zealand 5: Mt Sunday bertanya, adakah kamu hobbit?”