New Zealand 4: Mt Sommers berkata, perhatikan arahmu

GPS mengarahkan kami belok ke kanan. Aku menjeling jam. Tiga puluh lima minit melepasi sepuluh pagi. Aku membelok perlahan-lahan. Kelihatan di sebelah kanan, sebuah bangunan kayu setingkat bercat putih bergaya kedesaan Inggeris. Papan tanda kecil bertulis “Mt Somers General Store” terpaku dimuka kedai. Beberapa petak tempat meletak kenderaan di seberang jalan. Satu telah ditempati. Aku mengambil …

New Zealand 3.5: Sisipan

Sungai Rakaia Sungai Rakaia adalah salah satu sungai bertocang terbesar di New Zealand. Kenapa ia dipanggil sungai bertocang? Sebab ia mempunyai banyak aliran yang mengalir di satu dasar yang luas. Aliran-aliran ini saling bersilang antara satu sama lain. Batu kerikil memenuhi ruang antara silangan ini. Jambatan terpanjang di New Zealand merintang Sungai Rakaia sepanjang hampir …

New Zealand 3: Rakaia Gorge berkata, Jangan salah sebut namaku :P

Jiwaku separuh sedar. Kudengar kicauan burung. Jelas dan kuat, seolah-olah sang burung sedang mengepak-ngepak di sebelah telingaku. Hmm… bukan burung, tetapi burung-burung. Semakin kuat bunyi melantun-lantun digegendang telingaku. Merdu dan harmoni. Mungkin kicauan paling indah pernah aku dengari. Aku tertanya-tanya, dimanakah aku? Mataku terbuka, spontan aku menyelak tirai. Alamak! hari sudah terang! Aku mahu bangun tetapi …

Sultan of Science

Beberapa tahun lepas, aku membaca mengenai 1001 Inventions yang membawa pameran tentang kegemilangan kurun ke-16. Owh… alangkah baiknya jika aku dapat melihatnya. Klik logo untuk ke halaman web 1001 Inventions. 1001 Inventions adalah projek di bawah National Geography Baru- baru ini, secara tak sengaja aku mendapat tahu tentang pameran “Sultan of Science” di Pusat Sains …

Al-kisah lasik dan pengembara yang menjengkelkan

“Wa, kau tak mahu buat lasik?” Tanya kakak tiba-tiba. Aku segera teringat perkongsian facebook doktor mata tersohor masa kini, Dr Muhaya. “Enam ribu lebih, dua-dua belah mata” ujarnya lagi. “Hmmm…., dengan enam ribu tu kak, lebih baik aku pergi Turki” jawabku acuh tak acuh. Kakak mengeluh. “Kau buat lasik, lepas tu seumur hidup tak perlu …

New Zealand 2: Rakaia Gorge berkata, jika kau merasa takut, pandanglah ke atas :)

Jam 5.40 petang, telah masuk waktu maghrib. Namun langit dan tanah masih cerah. Perjalanan ke Rakaia Gorge mengambil masa hampir sejam setengah. Itu yang aku risaukan. Pertama, bimbang kami tak dapat menjumpai kawasan perkhemahan tersebut kerana hari sudah gelap dan kedua bimbang mereka tidak membenarkan daftar masuk lewat. Dari maklumat yang aku baca kebanyakan kawasan …

New Zealand 1: Chirstchurch berkata, Selamat datang gadis manis ;)

Akhirnya setelah lebih kurang sebelas jam berada di dalam pesawat, kami pon mendarat di Lapangan Terbang Chirstchurch lewat setengah jam dari waktu yang dijadualkan. Ketika kapal terbang merendah, dari tempat duduk kami di barisan tengah, kami mengintai-ngintai tingkap pesawat. Nanti, sebenarnya bukan tingkap pesawat yang kami intai, kami intai paparan kamera orang yang mengambil gambar …

Anak kau, anak aku II

Bapak: Ani Sal, kau tahukah tadi bapak Pak Khairi tukang kebun sekolah kau datang makan di warung bapak. Anak: Dah tu, apa jadi? Bapak: Dia salahkan bapak tak bagi kau duit belanja. Dia hebohkan dengan semua orang di warung tu. Anak: Ai, kan Pak Khairi tu kawan baik bapak. Bapak: Memanglah…. tapi betulkan? Pak Khalid …

Anak kau, anak aku

Anak: Pak, nak belanja sekolah Bapak: Kau mintak makan percuma saja di kantin sekolah Anak: Kenapa Pak? Bapak: Sebab Pak Cik Khalid tuan kantin tu kata bapak meniaga ambil untung banyak sangat, mengzalimi orang katanya. Kalau dia bagus sangat, bagilah budak-budak makan percuma. Anak: Memang ada yang makan percuma di kantik pak. Bapak: Huh? Anak: …

Terima kasih atas kasih sayang kalian <3

Berladang-ladang penghargaan, bergunung-gunung terima kasih dan bertasik-tasik permohonan maaf Ini lah dia ahli rombongan Kembara Poket Nipis New Zealand. Dari kiri Abid, Aku, Yatt dan Nott. Kata Saidina Umar – Kita belum cukup mengenali seseorang kalau belum pernah bermusafir bersamanya. Dan dalam van yang “Perfect for 2, good for 3 and a party for 4” …