Penjelajahan South Island, New Zealand

New Zealand terdiri dari dua pulau utama, North Island di sebelah utara dan South Island di sebelah selatan. Di kelilingi oleh laut Tasman. Ibu negara New Zealand ialah Wellington. Namun Aucland mempunyai penduduk terpadat, berpopulasi kira-kita satu juta melebihi Wellington dan Christchurch. Christchurch merupakan bandar terbesar di South Island. Kami mengembara ke South Island, bahagian …

Siapalah kita hendak ambil kerja Tuhan?

Sumber gambar dan berita Gambar ini mengingatkan aku pada satu cerita, begini ceritanya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah itu melihat temannya berbuat …

Cinta Granada

Ulasan buku ini aku ambil dari blog lama. Pertama kali diterbitkan pada Sunday, September 27, 2009 Salam Aidilfitri 😉 Walaupun masih ada rasa bersalah pada tumpukan buku-buku yang belum sempat dibaca, aku tak dapat menahan dari membeli Cinta Granada. Aku seakan mahu melompat ketika terlihat nama Radwa Ashour, setelah aku teliti benarlah, buku ini adalah sambungan …

Rindu Andalusia

Ulasan buku ini aku ambil dari blog lama. Diterbitkan pertama kali pada Monday, May 11, 2009  Aku kemaruk novel sejarah. Sama ada novel sejarah dengan watak yang sebenar seperti Siri novel Sejarah Islam karangan Abdul Latip Talib atau novel yang berlatarbelakangkan tempat dan zaman tercatatnya sesuatu sejarah. Tajuknya, ‘Rindu Andalusia’ saja cukup untuk menarik minat aku …

Poket Bocor Di New Zealand

Pengembara dan rakan-rakan baru saja pulang dari bumi Shawn the sheep. Nantikan cerita-cerita nipis dan bocor. Ya… yang tersembul kepala itu ialah Campervan… kondo kami selama 11 hari 🙂 Gambar ini diambil kira-kira jam 7.30 pagi. Di Knobs Flat (Milford sound road), tempat kami bermalam dalam perjalanan ke Milford Sound. Malam paling sejuk kami lalui …

Melihat mereka dan merenung kita

Cuma ada dua orang pekerja di kedai membaiki komputer bimbit itu. Seorang sedang melayani kami dan seorang lagi sedang khusyuk bekerja di hadapan komputernya. Seorang perempuan berbangsa eropah masuk. Gayanya tak seperti pelancong. Dia berpakaian kasual. Berseluar jeans dan berkemeja T longgar. Beg sandang merah tergantung di belakangnya. Ada sedikit racik pada bahagian zip tetapi lubangnya …

Kenapa …. ?

Aku suka membaca. Aku seronok membaca. Aku selalu ceritakan apa yang aku baca sampai kawan-kawanku bosan [ sejak zaman sekolah, selera aku pada buku dan pengarang buku selalunya tak difahami ]. Aku selalu paksa kawan-kawan baca buku yang aku suka sampai mereka …. errr …. biasanya aku gagal memaksa [ kerana terlalu biasa tidak di …

Janji ada cup cake cantik-cantik

Dah 15 hari perbincangan berlarutan. Mak timah berkeras mahu berjamu nasi beriani kambing. “Nasi jagung sajalah mak” pujuk Mail. “Lia tak kisah janji ada cup cake cantik-cantik atas meja pengantin”. Lia bersuara tanpa dipinta. Mail keberatan. Semua duit, duit, duit! Kalau nasi beriani, tetamu datang tak dapat membawa pulang berkat. Tapi untuk tetamu istimewa, emak …