Tersurat dan tersirat dalam Laskar Pelangi

Artikel asal dari blog lama saya, diterbitkan kali pertama pada 3/8/2009 Pada kulit buku ini tercetak ‘INDONESIA’S MOST POWERFUL BOOK’. Jadi aku cuba cari dan kongsikan di sini KUASA yang terkandung dalam buku ini. SINOPSIS RINGKAS Beberapa puluh tahun lampau, di Pulau Belitung, Indonesia, 10 orang sahabat mendapat gelaran LASKAR PELANGI dari guru mereka – …

Cik kasut, bertahanlah sebulan lagi

Cik kasut, bertahanlah sebulan lagi

Tapak kasut aku dah haus. Licin. Beberapa kali hampir tergelincir, JBCS pulak baru tukar lantai. Aku ni jenis pandai pakai sepasang kasut je walaupon aku ada banyak kasut. Bajet bulan ni nak beli kasut baru.

Semalam aku menyertai k-Fiqh. Biasalah, mesti ada gerai buku. Aku tak cari buku-buku yang biasa ada di kedai atau di kedai maya. Aku cari buku rare. Memang banyak jumpa, tapi macammana boleh terberkenan dengan yang paling mahal.>,<|||

Dekat 15 minit aku dok pegang letak pegang letak… pusing2 ke buku lain balik semula, pegang letak, pegang letak. Tenung-tenung sampai nak tembus. Timbang pakai dacing, buat kira-kira sikit ….. tarik nafas panjangggggggggggggg… aku angkat dua buah buku ni dan beri pada si penjual. Senyummm saja dia lihat aku. Mesti dia kata – nasib baik kau beli juga akhirnya, tanya macam-macam bukan main lagi kau ya!

Buku atas terjemahan dari buku Inggeris dan buku bawah terjemahan dari buku Arab. Kedua-duanya dalam versi bahasa Indonesia. Aku memang berangan nak serang Gramedia Jakarta hujung tahun ni, tapi itu angan-angan saja, entah jadi entah tidak. Dari terkilan terus, baik aku sapu je la dulu. Walaupun jika aku beli di sana, harganya mungkin kurang dari 50% dari harga di sini.

Dua minggu lepas aku berhabis kos 2 pasang kasut…. kali ni 3 pasang kasut…. kalau aku tak beli buku-buku ni, aku dapat lima pasang kasut. Hmm…..

Kepada cik kasut, tolonglah bertahan sebulan lagi 😐

Cinta Granada

Ulasan buku ini aku ambil dari blog lama. Pertama kali diterbitkan pada Sunday, September 27, 2009 Salam Aidilfitri 😉 Walaupun masih ada rasa bersalah pada tumpukan buku-buku yang belum sempat dibaca, aku tak dapat menahan dari membeli Cinta Granada. Aku seakan mahu melompat ketika terlihat nama Radwa Ashour, setelah aku teliti benarlah, buku ini adalah sambungan …

Rindu Andalusia

Ulasan buku ini aku ambil dari blog lama. Diterbitkan pertama kali pada Monday, May 11, 2009  Aku kemaruk novel sejarah. Sama ada novel sejarah dengan watak yang sebenar seperti Siri novel Sejarah Islam karangan Abdul Latip Talib atau novel yang berlatarbelakangkan tempat dan zaman tercatatnya sesuatu sejarah. Tajuknya, ‘Rindu Andalusia’ saja cukup untuk menarik minat aku …