Satu halaman FB Islamika memaparkan gambar fajar. Tajuknya “Hanya Allah yang mengetahui jika malam tadi adalah Laila al-qadr” Dan komen-komen di bawah berbunyi begini: Resha(Pakistan) : Kalau begitu, malam ini lah laila al-qadr di Pakistan? Ali(Pakistan): Ya, tolong sesiapa sahkan, benarkah ia malam ke dua puluh tujuh? Yousef (US): Malam ke dua puluh tujuh dah …
Category Archives: Kembara Fikir
Tersurat dan tersirat dalam Laskar Pelangi
Artikel asal dari blog lama saya, diterbitkan kali pertama pada 3/8/2009 Pada kulit buku ini tercetak ‘INDONESIA’S MOST POWERFUL BOOK’. Jadi aku cuba cari dan kongsikan di sini KUASA yang terkandung dalam buku ini. SINOPSIS RINGKAS Beberapa puluh tahun lampau, di Pulau Belitung, Indonesia, 10 orang sahabat mendapat gelaran LASKAR PELANGI dari guru mereka – …
Continue reading “Tersurat dan tersirat dalam Laskar Pelangi”
New Zealand: Negara paling “Islam” dan berkebajikan?
Mengukur islamic governance dalam sesebuah negara. Aku mendapat tahu kewujudan kajian ini dari Dr Mazlee Malik ketika K-Fiqh tempoh hari. Menurutnya, satu kajian telah di jalankan untuk mengukur berapa “Islam”nya sesebuah negara. Bukan dari segi akidah atau syariah, tetapi ia yang di ukur ialah konsep-konsep Islamic governanance seperti keadilan, kebajikan, kebebasan bersuara, perbicaraan adil dan …
Continue reading “New Zealand: Negara paling “Islam” dan berkebajikan?”
Bila umur bertambah setahun lagi …..
Saban tahun kita menerima ucapan selamat hari lahir. Kita gembira dan bersyukur. Kita lihat kembali jalan-jalan yang telah kita lalui. Dahulu kita kecil sekarang sudah besar. Dahulu poket nipis, sekarang sudah tebal. Dahulu sendiri sekarang berkompeni. Mungkin juga sebaliknya berlaku. Tapi mari melihat yang positif saja. Dahulu menyewa, sekarang punya rumah sendiri. Dahulu naik bas, …
Destinasi bajet dari kaca mata si poket nipis
Malam tadi aku tonton ‘ulangan’ Destinasi Bajet. Lama punya, zaman Qhusairi jadi host. Destinasinya, Pulau Pinang. Bagus rancangan ni, beri panduan untuk pergi mengembara dengan budget yang minimal. Percutian 3 hari 2 malam dengan hanya RM300, tak termasuk tambang pergi ke destinasi tersebut. Soalannya, berapa bajet mereka punya bajet. Di sini, aku beri sedikit idea, …
Continue reading “Destinasi bajet dari kaca mata si poket nipis”
Al-kisah lasik dan pengembara yang menjengkelkan
“Wa, kau tak mahu buat lasik?” Tanya kakak tiba-tiba. Aku segera teringat perkongsian facebook doktor mata tersohor masa kini, Dr Muhaya. “Enam ribu lebih, dua-dua belah mata” ujarnya lagi. “Hmmm…., dengan enam ribu tu kak, lebih baik aku pergi Turki” jawabku acuh tak acuh. Kakak mengeluh. “Kau buat lasik, lepas tu seumur hidup tak perlu …
Continue reading “Al-kisah lasik dan pengembara yang menjengkelkan”
Anak kau, anak aku II
Bapak: Ani Sal, kau tahukah tadi bapak Pak Khairi tukang kebun sekolah kau datang makan di warung bapak. Anak: Dah tu, apa jadi? Bapak: Dia salahkan bapak tak bagi kau duit belanja. Dia hebohkan dengan semua orang di warung tu. Anak: Ai, kan Pak Khairi tu kawan baik bapak. Bapak: Memanglah…. tapi betulkan? Pak Khalid …
Anak kau, anak aku
Anak: Pak, nak belanja sekolah Bapak: Kau mintak makan percuma saja di kantin sekolah Anak: Kenapa Pak? Bapak: Sebab Pak Cik Khalid tuan kantin tu kata bapak meniaga ambil untung banyak sangat, mengzalimi orang katanya. Kalau dia bagus sangat, bagilah budak-budak makan percuma. Anak: Memang ada yang makan percuma di kantik pak. Bapak: Huh? Anak: …
Siapalah kita hendak ambil kerja Tuhan?
Sumber gambar dan berita Gambar ini mengingatkan aku pada satu cerita, begini ceritanya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah itu melihat temannya berbuat …
Melihat mereka dan merenung kita
Cuma ada dua orang pekerja di kedai membaiki komputer bimbit itu. Seorang sedang melayani kami dan seorang lagi sedang khusyuk bekerja di hadapan komputernya. Seorang perempuan berbangsa eropah masuk. Gayanya tak seperti pelancong. Dia berpakaian kasual. Berseluar jeans dan berkemeja T longgar. Beg sandang merah tergantung di belakangnya. Ada sedikit racik pada bahagian zip tetapi lubangnya …