New Zealand 5: Mt Sunday bertanya, adakah kamu hobbit?

Kalau pasal ambil gambar, Nott juara nombor satu. Dia melompat dulu dari van, meluru meninggalkan kami. Aku menyarung baju hujan dan Yatt berpayung. Nott dan Abid menyerah diri begitu saja pada alam. Memandang kembali perbukitan yang kami turuni sebentar tadi, aku terpegun. Indahnya ciptaan Tuhan. Jika aku pelukis, tentu aku lukiskan. Gunung-ganang berlapis-lapis. Pepohon, renek …

New Zealand 4: Mt Sommers berkata, perhatikan arahmu

GPS mengarahkan kami belok ke kanan. Aku menjeling jam. Tiga puluh lima minit melepasi sepuluh pagi. Aku membelok perlahan-lahan. Kelihatan di sebelah kanan, sebuah bangunan kayu setingkat bercat putih bergaya kedesaan Inggeris. Papan tanda kecil bertulis “Mt Somers General Store” terpaku dimuka kedai. Beberapa petak tempat meletak kenderaan di seberang jalan. Satu telah ditempati. Aku mengambil …

New Zealand 3.5: Sisipan

Sungai Rakaia Sungai Rakaia adalah salah satu sungai bertocang terbesar di New Zealand. Kenapa ia dipanggil sungai bertocang? Sebab ia mempunyai banyak aliran yang mengalir di satu dasar yang luas. Aliran-aliran ini saling bersilang antara satu sama lain. Batu kerikil memenuhi ruang antara silangan ini. Jambatan terpanjang di New Zealand merintang Sungai Rakaia sepanjang hampir …

New Zealand 3: Rakaia Gorge berkata, Jangan salah sebut namaku :P

Jiwaku separuh sedar. Kudengar kicauan burung. Jelas dan kuat, seolah-olah sang burung sedang mengepak-ngepak di sebelah telingaku. Hmm… bukan burung, tetapi burung-burung. Semakin kuat bunyi melantun-lantun digegendang telingaku. Merdu dan harmoni. Mungkin kicauan paling indah pernah aku dengari. Aku tertanya-tanya, dimanakah aku? Mataku terbuka, spontan aku menyelak tirai. Alamak! hari sudah terang! Aku mahu bangun tetapi …

New Zealand 2: Rakaia Gorge berkata, jika kau merasa takut, pandanglah ke atas :)

Jam 5.40 petang, telah masuk waktu maghrib. Namun langit dan tanah masih cerah. Perjalanan ke Rakaia Gorge mengambil masa hampir sejam setengah. Itu yang aku risaukan. Pertama, bimbang kami tak dapat menjumpai kawasan perkhemahan tersebut kerana hari sudah gelap dan kedua bimbang mereka tidak membenarkan daftar masuk lewat. Dari maklumat yang aku baca kebanyakan kawasan …

New Zealand 1: Chirstchurch berkata, Selamat datang gadis manis ;)

Akhirnya setelah lebih kurang sebelas jam berada di dalam pesawat, kami pon mendarat di Lapangan Terbang Chirstchurch lewat setengah jam dari waktu yang dijadualkan. Ketika kapal terbang merendah, dari tempat duduk kami di barisan tengah, kami mengintai-ngintai tingkap pesawat. Nanti, sebenarnya bukan tingkap pesawat yang kami intai, kami intai paparan kamera orang yang mengambil gambar …

Terima kasih atas kasih sayang kalian <3

Berladang-ladang penghargaan, bergunung-gunung terima kasih dan bertasik-tasik permohonan maaf Ini lah dia ahli rombongan Kembara Poket Nipis New Zealand. Dari kiri Abid, Aku, Yatt dan Nott. Kata Saidina Umar – Kita belum cukup mengenali seseorang kalau belum pernah bermusafir bersamanya. Dan dalam van yang “Perfect for 2, good for 3 and a party for 4” …

Penjelajahan South Island, New Zealand

New Zealand terdiri dari dua pulau utama, North Island di sebelah utara dan South Island di sebelah selatan. Di kelilingi oleh laut Tasman. Ibu negara New Zealand ialah Wellington. Namun Aucland mempunyai penduduk terpadat, berpopulasi kira-kita satu juta melebihi Wellington dan Christchurch. Christchurch merupakan bandar terbesar di South Island. Kami mengembara ke South Island, bahagian …

Poket Bocor Di New Zealand

Pengembara dan rakan-rakan baru saja pulang dari bumi Shawn the sheep. Nantikan cerita-cerita nipis dan bocor. Ya… yang tersembul kepala itu ialah Campervan… kondo kami selama 11 hari 🙂 Gambar ini diambil kira-kira jam 7.30 pagi. Di Knobs Flat (Milford sound road), tempat kami bermalam dalam perjalanan ke Milford Sound. Malam paling sejuk kami lalui …