New Zealand 3.5: Sisipan

Sungai Rakaia Sungai Rakaia adalah salah satu sungai bertocang terbesar di New Zealand. Kenapa ia dipanggil sungai bertocang? Sebab ia mempunyai banyak aliran yang mengalir di satu dasar yang luas. Aliran-aliran ini saling bersilang antara satu sama lain. Batu kerikil memenuhi ruang antara silangan ini. Jambatan terpanjang di New Zealand merintang Sungai Rakaia sepanjang hampir …

New Zealand 3: Rakaia Gorge berkata, Jangan salah sebut namaku :P

Jiwaku separuh sedar. Kudengar kicauan burung. Jelas dan kuat, seolah-olah sang burung sedang mengepak-ngepak di sebelah telingaku. Hmm… bukan burung, tetapi burung-burung. Semakin kuat bunyi melantun-lantun digegendang telingaku. Merdu dan harmoni. Mungkin kicauan paling indah pernah aku dengari. Aku tertanya-tanya, dimanakah aku? Mataku terbuka, spontan aku menyelak tirai. Alamak! hari sudah terang! Aku mahu bangun tetapi …

New Zealand 2: Rakaia Gorge berkata, jika kau merasa takut, pandanglah ke atas :)

Jam 5.40 petang, telah masuk waktu maghrib. Namun langit dan tanah masih cerah. Perjalanan ke Rakaia Gorge mengambil masa hampir sejam setengah. Itu yang aku risaukan. Pertama, bimbang kami tak dapat menjumpai kawasan perkhemahan tersebut kerana hari sudah gelap dan kedua bimbang mereka tidak membenarkan daftar masuk lewat. Dari maklumat yang aku baca kebanyakan kawasan …